daily planner

Friday, 5 December 2014

Ajaibnya kuasa doa

Salam dari Bangkok, Thailand. Hari pertama di sini yang penuh keajaiban. Saya sampai ke sini sendirian, rakan bakal tiba waktu tengah malam nanti.
Kebetulan ketika kapal terbang terbang rendah, dari jauh saya tengok meriah dan terang benderangnya bumi Bangkok dari atas plane. Rupanya bila ditanya, mereka sedang celebrate Father Day. Hairan juga kenapa orang Thai baru sambut father's day, rupanya hari ni merujuk pada harijadi raja mereka. Bagusnya rakyat Thai sambut birthday raja, siap berpakaian kuning dan nyalakan lilin lagi di tepi - tepi jalan. Di sini boleh nampak sayangnya mereka pada raja.
Semasa menunggu train, saya disapa oleh seorang pelajar muslim. Seronoknya mereka jumpa orang Islam dan kebetulan saya seorang saja yang bertudung walau ada lagi orang Islam Malaysia berdekatan (saya tahu sebab mereka bercakap dalam bahasa Melayu). Stigma orang luar, yang bertudung itu Islam, maka saya kira bertuah juga la disapa oleh orang Islam yang siap menyatakan kat mana boleh cari makanan halal yang murah (nanti kalau saya jumpa akan saya update).
Kira saya luluslah naik train tanpa perlu tanya banyak pada orang mana nak turun dan sebagainya tadi, tapi, bila tiba waktu cari hostel, memusing saya cari sebab orang sini tak tahu mana tempatnya memandangkan masih baru! Siapa yang saya tak tanya tadi, polis pun turut menjadi mangsa bertanya jalan tadi. Hahaha.
Tengah dok confuse mana nak pi ni dan melalui satu lorong asing yang kelihatan sangat aneh tetiba ada orang bercakap bahasa inggeris dari belakang saya, eh, tidak! Bercakap "aiyoo" sebenarnya, kemudian diikuti bahasa inggeris dan bertanya "where are you going?" Saya menjawab, nak ke De Talak Hostel. Tetiba aje, dia tanya, "from Malaysia?" "Yes, from Malaysia," jawab saya. "Malaysia, where?" soal uncle tu balik and jawablah saya. Dengan sedikit soalan berbalas jawapan ringkas dia cakap Melayu.
Apa dah jadi? Di bumi Thai, middle of nowhere, di mana kebanyakan rakyatnya tak tahu berbahasa Inggeris dan tak tahu nak tunjuk jalan malah have no idea tempat saya nak pergi, tetiba saya jumpa seorang uncle yang bernama Chia dari Penang! Allah, bantuanMu ada di mana- mana. Uncle Chia siap bawa saya ke hostel menaiki motorsikal dia pula tu. Kiranya dia ambil motor sekejap di rumah dan terus bawa saya ke sini.
Teringat saya tentang kata - kata kawan - kawan dari Bacpackers Buddies Malaysia yang ~ bermusaffir itu satu ibadah, niatkan baik - baik sahaja dan sebelum melangkah keluar dari perut kapal terbang memang saya dah doa moga Allah permudahkan urusan saya di bumi Thai. Syukur, Allah hadirkan uncle Chia bagi membantu. Jadi pesan saya pada ladies out there yang masih terfikir nak jalan sorang - sorang, jangan takut, Allah ada :)








1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...