daily planner

Thursday, 2 October 2014

Hari ke 2 berkursus

Memandangkan perubahan kurikulum kebangsaan dari KBSR ke KSSR, cikgu - cikgu pun memang agak busy sekarang ni sebab perlu menghadiri kursus untuk mengetahui apa perubahan yang perlu dilakukan, apa yang perlu diajar dan macam mana nak menilai murid - murid dalam KSSR.
Sebenarnya sekarang waktu kursus dah tak kira masa. Kalau dulu bila kursus, hari cuti cikgu tak terganggu tapi sekarang dalam cuti pun cikgu kena panggil untuk berkursus juga. Sebab tu lah saya hampir - hampir bermasalah nak pergi Osaka dulu. Mujur ada orang atasan yang faham. Kalau tak memang makan hati sampai bertahun. Huhuhu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...