daily planner



Stick-it notes

Friday 26 September 2014

Persinggahan terakhir di Kyoto

Setelah menghabiskan seharian di Kyoto, tibalah masa untuk kami balik jadi kami pun naik bas yang membawa kami ke detinasi terakhir kami di Kyoto, which was the Kyoto Station. Memandangkan kami tidak dapat solat kerana masjid Kyoto ditutup pada hari Isnin, kami pun menumpang solat di hotel bersebelahan Kyoto Station. Di tingkat 2 hotel ni ada satu bilik persalinan dan kami menumpang solat di hadapan bilik persalinan tersebut. Kami bersyukur sangat sebab pihak hotel tak menghalang dan menghalau kami sebab honestly, kami tak minta kebenaran mereka pun nak solat di situ.
Setelah selesai solat, kami pun singgah di lokasi terakhir kami di Kyoto.

Kyoto Tower

Memandangkan nak masuk Kyoto Tower ni fee nya agak mahal (dalam 700yen) dan kami ni pula memang mengamalkan konsep percutian bajet, kami tak naik pun tower ni. Kami just pergi ke tingkat 1 bangunan yang menjual pelbagai cenderamata dengan harga yang agak berpatutan. Setelah balik Malaysia pun saya sempat berbual dengan penumpang di sebelah saya dan dia menyatakan dia juga membeli cenderamata di sini dan baginya harga di sini paling berpatutan.
Setelah membeli apa yang patut untuk kenangan sendiri dan family, tiba lah masanya kami balik ke Osaka. Disebabkan nak merasa naik train lain, kami memilih untuk menaiki Kintetsu line. Tapi kepada pembaca sekalian saya tak menggalakkan sama sekali untuk buat macam kami sebab 1) tambang nya lebih mahal (1050yen), 2) perlu menukar tren di Yamato - Saidaiji Station dan 3) mengambil masa yang lebih lama. Saya nasihatkan ambil sahaja line JR. Line Kintetsu ini berhenti di stesyen Osaka Namba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...