daily planner

Friday, 24 February 2012

Mee Sotong Power Shah Alam

Semalam tidur di rumah adik di shah alam maka kesempatan pun diambil untuk cuba makanan ni yang pernah masuk dalam program jalan2 cari makan.

Power sangat ke?

Sebenarnya mee ni jauh berbeza dengan mee sotong goreng kat penang tu. Boleh kata la mee ni macam mee goreng lepas tu letak sambal sotong. Waktu order, orang kedai akan tanya nak pedas ke kurang pedas. Saya ambil yg pedas tapi jujurnya yang pedas pun tak lah pedas mana.

Mee nya boleh tahan la tp nak kata power macam yang kat penang memang jauh panggang dari api. Sekadar nak mencuba apa salahnya. Tak de lah nak kata mee ni fail sebab mee goreng nya memang cukup perisa. Cuma sambal sotong tu yang tak berapa berkenan sebab guna sotong kembang, bukan my favourite.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...