daily planner

Sunday, 26 February 2012

Gerai Sabar Menunggu, Labuan Sabah

Minggu ni payah sikit la nk be entri tentang kek sb nazaisma xde kt umah nk bt segala produk homemade ni. Minggu ni fly ke labuan, sabah sebab ada urusan keluarga sikit. Dah alang2 ada kt cni, tentu lah nak jln2 cari makan juga.

Yang ni nazaisma boleh rekomen. Gerai Sabar Menunggu ni terletak bertentangan dengan Taman Damai. Menurut adik yang menetap di Labuan, taman ni bukan taman perumahan sebaliknya tempat kebudayaan. Nazaisma tak la pulak menyinggah ke situ tapi pergi makan2 kat gerai sebelahnya.

Kat kawasan gerai ni ada 4 buah gerai yang hidang menu yang hampir serupa. Jangan silap gerai ye, gerai yang pertama sekali dari jalan tu yang nazaisma singgah dan rekomen ni.

Apa yang istimewa?

Satay dia punya kuah yang sedap, tak kalah dengan kuah orang semenanjung. Bila pesan ketupat, dia hantar ketupat dalam sarung dan papan pemotong untuk kita potong sendiri ketupat tu. Dan paling best, sayap dia. Kalau orang semenanjung panggil wing atau kepak tapi benda dia sama je. Kuah cicah untuk sayap ni pula secara peribadi nazaisma rasa x berapa sesuai cicah dengan sayap tp sangat sedap kalau kat umah ada keropok lekor. Malah, adik ipar siap beli lagi sos cicah tu nak cicah dengan stok keropok lekor yang ada kat umah. Memang terbaik lah. Lagi satu, dah alang2 tepi pantai kan, kami masing2 pasan air kelapa. Yang ni nazaisma xnak komen apa sebab nazaisma memang peminat tegar air kelapa.

Jadi pengunjung nazaisma yang bakal ke Labuan tu, cubalah cari gerai ni ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...