daily planner

Friday, 23 December 2011

Durian Time

Musim durian datang lagi. Durian ni beli kat bukit gantang. Nak beli kat batu kurau x kenal sesiapa yang ada dusun. Bukan apa, jenis beli banyak2 ni kena cari dusun atau peraih barulah x koyak sangat poket ni.

Durian dalam gambar ni beli kat peraih dalam kampung changkat ibol. Itupun kak radziah yang tolong carikan. Sekarang kat bukit gantang orang jual pakai timbang. Peraih jual rm2 untuk sekilo. Kat luar tu x tau la berapa pula.

Beli banyak2 ni sebab kami adik beradik nak kumpul minggu ni. Ada kenduri kat kampung belah ayah 25hb n belah mak pula 26hb. Sebab tu la beli durian bagi puas makan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...