daily planner

Tuesday, 8 November 2011

Salleh Stall - Mi Udang Portwell









Gambar2 di atas menunjukkan menu2 yang terdapat di gerai Salleh, Kuala Sepetang, Perak.
Kuala Sepetang ni sebenarnya terkenal dgn gerai2 yang menyajikan mi udang. Antara gerai mi udang yg terkenal ialah Gerai Mi Udang Banjir Mak Teh dan Mi Udang Mak Jah.
Tadi kami sekeluarga mencuba pula mi udang dari Salleh Stall yang kononnya telah mula beroperasi sejak tahun 1956 lagi. Salleh Stall ni betul2 terletak di dalam pekan Kuala Sepetang. Gerainya tidak sebesar gerai Mak Teh dan Mak Jah.
Apa yang special? Bagi tekak kami sekeluarga, mi goreng udangnya mmg best. Kalu mi udang yang berkuah tu, better pergi Mak Teh kalu minat mi yg banyak udang atau kalau nak yang pekat, Mak Jah. Minuman kat sini pun dibuat cukup rasa, sedap.
Kalau nak jalan2 sekitar Taiping, mmg rekemen untuk singgah di Kuala Sepetang untuk cuba mi udang di salah satu gerai yang terdapat banyak di sini. Ikan masin serta ikan yang baru naik dari lauk juga boleh dibeli terutamanya waktu petang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...